Kerjaya Sarah Sechan

Beliau mula mendapat perhatian umum di negara kelahirannya sebagai VJ MTV, di mana kejayaannya dicapai menerusi MTV Nokia Jukebox Music Is My Life. Sarah juga pernah mengacarakan ramcangan Kisah Di Antara Kita yang disiarkan di SCTV bersama Deddy Mizwar.

Sarah dan Uli Herdinansyah muncul bersama dalam sebuah pementasan drama muzikal bertajuk Miss Kedaluwarsa karya Eksotika Karmawibhangga Indonesia (EKI) Production. Dalam pementasan itu, Sarah memegang watak tokoh Shiva, seorang wanita dengan harta melimpah, cantik, glamor, namun kurang kasih sayang ibu bapa. Ia diadakan di Gedung Kesenian Jakarta pada 24 hingga 27 Mei 2007.

Pada awal 2008, Sarah membintangi filem XL, Antara Aku, Kau dan Mak Erot dan memegang watak sebagai Mak Siat, ejekan dari Mak Erot. Sejak 18 Mei 2013, Sarah bekerja di NET. sebagai pengacara Sarah Sechan. Dan sejak 12 Februari 2019, Sarah bekerja di Narasi sebagai pengacara Sarah Secharian.[1]